Awek Lawa Tapi...
Awek Lawa Tapi...
Kisah ini mungkin berlaku di kalangan kita. Pelbagai ragam manusia yang boleh dilihat di kalangan masyarakat kita.
Pernah terbaca artikel ini yang menyentuh percakapan kaum hawa yang amat bertentangan dengan imej yang di bawa.
Pernah terlihat wanita bertudung labuh berlitup, tetapi percakapan kasar dan bengis orangnya. Sikit-sikit nak marah sahaja.
Pernah terlihat gadis berpurdah atau berniqab tetapi meluah perasaan secara berlebihan di laman sosial dan bergaduh sana-sini, cakap besar dan sering persendakan orang lain.
Pernah juga terlihat wanita bertudung, orangnya cantik, manis dan comel tetapi bercakap dengan kata cacian apabila berbual.
Pernah juga terlihat pakcik berkopiah tetapi memotong barisan ketika memandu, ada juga yang berkopiah berserban tetapi merokok di halaman masjid atau surau.
Ini bukan sahaja untuk menegur orang ramai tetapi untuk menegur diri sendiri juga.
Kesimpulannya, jadilah cantik luar dan dalam walaupun cantik itu subjektif bunyinya.
0 comments:
Post a Comment