Searching...
22:35 2

SEBARKAN: Jangan Berhenti Kenderaan Jika Ditahan Keluarga Ini




SEBARKAN: Jangan Berhenti Kenderaan Jika Ditahan Keluarga Ini

Orang awam diberi nasihat agar tidak memberhentikan kereta atau kenderaan sekiranya ternampak keluarga berbangsa India meminta pertolongan dengan motorsikal di sisi.

Perkara ini adalah kerana, lelaki seperti yang berada didalam gambar tersebut dikatakan mempunyai kecenderungan untuk melakukan jenayah serta kekerasan sekiranya orang yang berhenti atau cuba membantunya tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.

Pendek kata dia dan keluarganya akan merompak anda. Dan ini adalah modus operandi mereka yang amat mudah untuk memperdayakan pengguna jalanraya yang ramainya mempunyai semangat membantu yang tinggi.

Pasangan keluarga ini sudah hampir beberapa bulan aktif merompak dengan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan area sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Antara kawasan yang terlibat adalah kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan Citta Mall.


Ada beberapa kes dilaporkan bahawa lelaki India dalam gambar ini dikatakan mengamuk dan mengasari orang ramai apabila tindakannya meminta bantuan dipersoalkan.

Sementara itu, orang yang mengambil gambar seperti yang dipaparakan mendakwa lelaki itu mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana menyedari gambarnya telah dirakam.

Orang ramai yang ternampak keluarga ini sedang membuat aktiviti mereka digesa menghubungi pihak polis agar perkara ini dapat dibendung.

Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign





2 comments:

  1. kasihan anak2 ini menjadi mangsa kaadaan....

    ReplyDelete
  2. Keluarganya memang tak bertanggungjawab !!

    ReplyDelete