02:44 0

Buka Semula Kes Remaja 13 Tahun - Peguam Negara



Buka Semula Kes Remaja 13 Tahun - Peguam Negara


Rahsia sebenar perkahwian dan penceraian remaja wanita berumur 13 tahun, Fazira, terbongkar kebenarannya [klik sini], dan kini perkara itu terus mendapat perhatian Jabatan Peguam Negara.

Tan Sri Abdul Ghani berkata kes itu akan dibuka semula dan beliau telah membuat permintaan kepada pihak polis. Perkara itu memerlukan masa seminggu untuk diputuskan samada siasatan akan dibuka semula atau tidak.

Beliau berkata perkara ini dilakukan kerana keprihatinan orang ramai terhadap kes itu yang mendapat liputan luas di seluruh negara.

Beliau juga menambah sebenarnya bapa wanita remaja 13 tahun itu telahpun membuat laporan polis pada tahun lepas dengan laporan bertarikh 15 Julai 2012, tetapi ditarik balik kerana rayuan bapa pihak lelaki.

Menurut Malaysian Insider, rakan Fahmi yang merogol Fazira telahpun ditangkap dan masukkan ke pusat pemulihan dan Fahmi masih bebas kerana berkahwin dengan mangsa.

**Menangi Hadiah Bernilai RM700 ~[klik sini]


0 comments:

Post a Comment