Searching...
20:08 1

Ahli Keluarga Penumpang MH370 Mengamuk



Ahli Keluarga Penumpang MH370 Mengamuk


Satu kekecohan telah berlaku sebelum sidang media MH370 berlangsung. Dikatakan enam ahli keluarga waris penumpang warganegara China telah mengamuk di bilik sidang media.

Mereka cuba mendesak penjelasan dari pihak berkuasa tentang kehilangan pesawat MH370. Mereka tidak sabar dan gagal mengawal emosi. Mereka mahukan jawapan.

Kisah bermula pada pukul 4.30 petang, apabila sekumpulan mereka cuba meluru masuk ke dalam bilik sidang media sambil membawa kain rentang yang tertulis "Kami membantah kerajaan Malaysia lambat menyelamatkan penumpang dan mendesak bawa ahli keluarga pulang tanpa sebarang syarat."

Ada yang melaung-laung meminta agar ahli keluarga mereka dikembalikan sebelum mereka dibawa keluar pihak keselamatan dari bilik sidang media. 

Suara jeritan , teriakan dan tangisan jelas kedengaran di samping pihak media yang terus mengambil gambar dan video insiden itu.

Kini mereka cuba ditenteramkan dan ditempatkan dalam bilik sekreteriat.


- Keluarga Waris China Baling Botol Kepada Pekerja MAS ( baca sini )
- Keluarga Dari China Ingin Saman MAS ( Baca Sini )


sumber : astroawani

1 comments:

  1. Carilah sendiri, atau ikut sama pasukan SAR.

    ReplyDelete