13:18 0

Kapal Terbang Malindo Air Terbakar



Kapal Terbang Malindo Air Terbakar 


Sebuah pesawat Malindo Air yang dinaiki pasukan bola sepak Terengganu terpaksa berpatah balik kerana enjin turbin pesawat terbakar.

Pemain midfield pasukan bola sepak Terengganu, Faiz Subri sempat mengambil gambar dan berkongsi gambar turbin yang terbakar. Beliau juga berkata pesawat itu telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang.

Kesemua penumpang dan anak kapal di dalam pesawat Malindo Air tersebut selamat.

Kapal terbang itu dijadualkan terbang ke Kuala Terengganu pada Rabu selepas pasukan Terenggau menewaskan ATM FA 3-0 di Stadium Selayang dalam satu perlawanan Liga Super Malaysia.


Sementara itu, Malindo Air dalam satu kenyataan media mengesahkan kejadian tersebut.

Kapten penerbangan itu telah mengambil keputusan yang bagus dan berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang setelah sistem pengesan kebakarannya memberi amaran tentang kebakaran berlaku kepada pesawat.

Ketika itu penerbangan berada di paras 7,000 kaki (2,133m).

Semua penumpang selamat dan mereka dipindahkan ke penerbangan lain ke Terengganu.

Menurut kenyataan tersebut, punca kebakaran masih disiasat dan pihaknya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan syarikat enjin dan pembuatan.

~Pesawat MH066 mendarat kecemasan (baca sini)



0 comments:

Post a Comment