15:11 0

Kapten Zaharie Diserang Secara Peribadi Oleh Media Antarabangsa



Kapten Zaharie Diserang Secara Peribadi Oleh Media Antarabangsa


Juruterbang pesawat MH370 iaitu Kapten zaharie telah diserang secara peribadi oleh beberapa akhbar antarabangsa.

Antara akhbar yang lantang menulis artikel ialah The Mail yang menggelar Kapten Zaharie sebagai Fanatik politik.

Mereka mengaitkan sokongan politik Kapten Zaharie iaitu sebagai pro pembangkang dengan kejadian kehilangan MH370.

Kapten Zaharie merupakan ahli parti Pakatan Rakyat dan menyokong Anwar Ibrahim.

Sebelum menerbangkan pesawat MH370, Kapten Zaharie disahkan telah menghadiri kes perbicaraan Anwar Ibrahim yang mana Anwar disabitkan bersalah dan mungkin dihukum penjara 5 tahun.

Ekoran keputusan yang tidak menyebelahi parti sokongannya dan juga Anwar Ibrahim, media antarabangsa menyatakan kemungkinan Kapten Zaharie memesongkan pesawat dengan tujuan memprotes keputusan mahkamah tersebut.

Pihak Polis Malaysia bersama-sama FBI dari USA, menyiasat latar belakang politik dan agama kedua-dua Zaharie dan pembantu juruterbang beliau, Fariq Abdul Hamid.

Rumah Kapten Zaharie telah ditutup selepas polis melakukan pemeriksaan. Komputer riba peribadi, laptop Zaharie tidak dijumpai mungkin dibawanya ke dalam pesawat MH370.

Rakan Zaharie memberitahu penyiasat bahawa beliau merupakan aktivis sosial yang lantang dan memberi sokongan yang kuat kepada Anwar. 

"Kami telah diberitahu oleh salah seorang rakan sekerjanya bahawa beliau begitu taksub dengan politik."


-baca juga MISTERI MH370 yang dibongkar (klik sini)


klik untuk besarkan gambar & baca dengan jelas



0 comments:

Post a Comment