20:14 0

Gambar Restaurant Jamban Yang Jijik Di Malaysia


Gambar Restaurant Jamban Yang Jijik Di Johor

Sebuah restaurant telah dibuka di Johor Bahru yang bertemakan tandas. Ianya di katkan terletak di City Square, open air.

Kedai makanan ini dihias seperti tandas dan makanan dihidang didalam mangkuk tandas.

Berdasarkan gambar, ada juga hidangan yang dihidangkan berbentuk seperti najis.

Walaupun ideanya lain dari yang lain namun terasa loya tekak dan jijik dikalangan orang ramai yang lalu lalang di kedai makan itu.

Status kedai itu sememangnya tidak halal dan hanya kepada bukan Islam sahaja.

Dikatakan pemilik restoran itu dimiliki oleh warga Singapura yang pada mulanya ingin membuka kedai berkenaan di Singapura tetapi permohonannya itu ditolak. Namun dia berjaya mendapat lesen di Johor Bahru. 

Jom ikuti temuramah seorang hartanah bernama Alex:
"Tidak tahu bagaimana dia boleh memohon lesen tanpa ada sebarang masalah dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Johor Bahru untuk membenarkan restorannya itu beroperasi di Johor Bahru. 

"Tidak kiralah sama ada restoran ini mendapat sambutan atau tidak tetapi ramai yang bertanya apakah ini menunjukkan budaya kita di Malaysia atau satu penghinaan yang dilakukan oleh orang luar yang diberi kelulusan berniaga di bumi kita?" katanya. 


Tambah Alex lagi, PBT Johor Bahru sepatutnya menolak permohonan lelaki berkenaan kerana keunikan seperti ini tidak mencerminkan imej Malaysia dan ianya boleh menjejaskan persepsi pelancong terhadap negara ini. 


"Bayangkan kalau negara pemilik restoran itu sendiri tidak membenarkan perniagaan seperti itu, kenapa kita di Malaysia boleh semudah itu meluluskan permohonannya. Apa sudah jadi?" soalnya. 


Selain di Johor restoren francais dari Jepun ini juga dikatakan ada di Pulau Pinang.

LIHAT: top 10 restoran Pelik Di Dunia (KLIK SINI)







0 comments:

Post a Comment