00:14 5

Ustaz Don Jawab Kritikan Wardina


Ustaz Don Jawab Kritikan Wardina


Ustaz Don akhirnya menjawab segala kritikan dari Wardina.

Menurut pendakwah popular yang kini berusia 29 tahun itu, adalah tidak baik dan tak adil untuk menghentam dan mengkritik dirinya jika berpandukan sebuah video yang telah diedit sekerat-sekerat tanpa meneliti isi kandungannya secara terperinci.

Tambah Ustaz Don beliau pelik dengan tindakan Wardina. Jelasnya, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pengguna laman sosial tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi kini beliau sendiri yang melakukannya. Ini kenyataan Wardina (baca sini)

Ini kata-kata Ustaz Don:

"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda."

"Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.

Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk."

"Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.

Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah. Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.

Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata: Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah."

Ustaz Don berharap Wardina hadir ke ceramahnya agar mendapat pencerahan lebih dalam tentang perkara yang dirasakannya salah, dan bukannya sekadar berpandukan video sekerat-sekerat yang telah diedit.

Ustaz Don turut melahirkan perasaan hairan mengapa Wardina memilih golongan pendakwah untuk dihentam walhal orang-orang kafir yang menghina Agama Islam di luar sana Wardina hanya mendiamkan diri.

Sementara itu, ada juga sumber berkata punca utama perkara ini berlaku kerana terdapat pekerja dalam saluran Al-Hijrah yang sakit hati selepas tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti yang diperolehi oleh Ustaz Don. Kemudian, pekerja itu dikatakan bertindak mengedit satu video untuk dimuatnaik di akaun facebook miliknya. Wallahualam.

sumber:mymediahub

Ini Kritikan Terbuka Wardina kepada Ustaz Don  (baca sini)


5 comments:

  1. Satu jari menuding kesilapan org, 4 jari menuding kesilapan diri sendiri..jgn mudah menghentam dan memfitnah krn itu akan berpatah balik menghentam diri..mg kita mndpt rahmat Allah..ust don, trskn berdakwah..ujian kcl je ni...

    ReplyDelete
  2. Sabar ya Ustaz . (Anggapan baik) Mungkin wardina tersilap. Harapan saya sebagai orang2 Islam carilah jalan yg sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  3. Sabar ye ustaz.
    Untuk wardina...anda hanyalah seorg yg biasa shaja. Ilmu yg ada dgn anda sgt sgt lah sedikit berbanding ustaz don. Jd jgn berlagak pandai sebab ilmu anda mcm biuh biuh kecik di tengah lautan besar.
    Byk sudah artis mcm anda yg seolah olah menjadi ustazah yg byk ilmu di dada dalam semua hal keagamaan. Anda hanya mengacarakan program keagamaan....anda x layak dan belum layak lg nk hentam mana mana ustaz yg ilmunya jauh lebih tinggi dr anda. Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Ustaz pun manusia boleh buat silap tiada yang maksum. Bukan Wardina aje yang tegur, ustaz2 lain yang berilmu tinggi pun ada tegur. Korang tak payah nak taksub. Ketepikan emosi, bincang secara fakta. Mintak Brader Don jelaskan mana dia dapat semua cerita pelik tu. Setakat rujuk ustaz badlishah dalam hal bani tamim... mintak maaf .... tak cukup ilmiah. Kita bukan kanak-kanak tadika

    ReplyDelete
  5. teruskan ustad berdakwah tiada apa yang salah dalam ceramah ustad mereka yang cetek ilmu saja yang kata salah dan mereka yg jadi barua kapir dap yg menentang nya.

    ReplyDelete