11:30 17

Maarof Diculik, Dibunuh dan Digantung Dalam Hutan


Maarof Diculik, Dibunuh dan Digantung Dalam Hutan


Orang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia. Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapa bapanya, Allahyarham Maarof Zakaria.

Jalan Maarof

Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat beli beli Bangsar.

Siapa Maarof

Siapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pengguna setiap hari. Allahyarham sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan.

Maarof anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973).

Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909 - 7 November 1991).

Pengasas Malay Nasional Bank

Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara.

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ia melalui sistem perbankan yang sistematik.

Namun, sayangnya niat murni tokoh itu disalah tafsir pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terus meningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation.

Pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria.

Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham yang hanya terbuka kepada orang-orang Melayu.

Pelanggannya juga terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

Pada waktu itu hanya ada dua buah bank; iaitu bank milik British bernama The Chartered Bank dan bank milik China bernama Overseas Chinese Banking Corporation.

Di kedua buah bank ini Melayu tidak dibenar meminjam wang.

Melayu hanya boleh meminjam wang dari ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tinggi.

Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja.

Dibunuh Kejam

Selepas 6 bulan beroperasi dengan jayanya Encik Maarof Zakaria telah didapati terbunuh di Lake Garden.

Maarof dikatakan hilang selama 2 hari selepas keluar dari rumah menuju ke Kampung Baru. Beliau ditemui di dalam hutan tergantung.

Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya telah tidak diambil oleh pembunuh itu. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank Melayu yang didirikan oleh Encik Maarof itu.

Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan Melayu dengan bermodalkan 27 ekar Tanah serta tiupan roh semangat perjuangan bangsa Melayu di bidang ekonomi.

Yang membunuh Encik Maarof nampaknya bertujuan membunuh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi.

Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965 cadangan menubuhkan Bank Bumiputra telah diketengahkan.

Sumber: Bharian

Maarof


17 comments:

  1. Pembunuhnye sape?

    ReplyDelete
  2. Sedih teringat saya dg kisah jalil pegawai bank Bumiputra yg mati dibunuh di Hong Kong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.kisah tu ada dlm CI..sya tengok sampai habis

      Delete
  3. Bkn nk tuduh..tp yg bunuh mgkn si mata sepet..xnk bg kaum melayu naik..

    ReplyDelete
  4. Pihak PDRM mungkin perlu menyiasat kes ini semula utk mencari pembunuh bertanggungjawab. Seorang penulis yang hebat mungkin dipilih utk menulis kisah ini dgn siasatan dan asas kukuh berdadarkan kajian. Kita risau takut ini adalah agenda pihak tertentu utk menghilangkan semangat patriotisma dan anggap diri ini bodoh. Seolah2 Malaysia tak maju kalau x ada bangsa lain. Sudut sejarah kebsnggan kits cuba di hapuskan.

    ReplyDelete
  5. Sudah ada komplot & konspirasi dalam kes ini. Seperti ada pihak tertentu tidak mahu orang Melayu maju dalam semua bidang khususnya kewangan, ekonomi serta perbankan. Sudah terbukti pada zaman sekarang. Kini, Bank Bumiputera dah bertukar kepada CIMB & pemilik akaun bukan sahaja orang Melayu, bahkan bangsa lain atas sebab "kebaikan hati" pemimpin Melayu sekarang kononnya atas kesamaan rata & keterbukaan konon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita boleh nampak melayu sendiri yg membantu perjuangan menghapuskan keistimewaan bumiputera ini sekarang..

      Delete
  6. Buat duit di internet tanpa sebarang pelaburan walau satu sen sekalipun.Hanya di:

    http://goo.gl/QdrezF



    ReplyDelete
  7. cube teka tali barut kat sini sape? 1. bank penjajah dgn sokongan org melayu gak.. 2. bank cina dgn sokongan inggeris.

    ketika itu banyak tali barut inggeris dari kalangan melayu gak.. knp org besar melayu masa tu xmau pertahan bangsa melayu? sbb dorg dah jd tali barut inggeris yg hanya mementingkan kemewahan dan kekayaan diri.. yang ingin menjadi bangsa bangsawan.

    ReplyDelete
  8. Tubuhkan semula Bank kebangsaan Melayu!! Al fatihah untuk allahyarhammMaarof..

    ReplyDelete
  9. Setelah membunuh pejuang Bangsa dan cendikiawan Melayu...mereka dgn
    lantang mengejek2 Melayu malas, \Melayu bodoh, Melayu tidak berlaliber
    dan mcm2 lagi...tetapi bila mereka menyedari ade seorang dua Melayu yg. genious dan berani ke tengah demi nusa dan bangsa, mereka ramai2 bersatu merancang utk mematikan semangat dan peluang itu dari putik nya lagi...Lepas itu mereka sebarkan ke seluruh dunia mereka di discriminasi., mereka di zalimi...dan mcm2 lagi. Sampai bila harus kita biarkan "meteka" memperlekehkan bangsa kita ? Bukan Melayu budoh atau malas tetapi lihat saja lah masa'alah nya. Sedangkan "mereka2" itu ialah penndatang ke negara kita ini. Tetapi mereka perlakukan Melayu sepertiu kita yg. menumpang dan merempat Utk menubuhkan sebuah bank dgn modal kita sendiri adelah hak kita. Kenape mesti mereka menghalang nya? Jawab nya, mereka tak suka Melayu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dgn mereka.Bila bangsa akan bangkit memberontak dan tuntut hak kita? Bank Melayu itu harus di tubuhkan biar mereka faham yg. satu "Maarof" di bunuh tetapi akan ramai lagi"Ma'arof Ma'arof" akan muncul m,enyambung perjuangan. Hidup Melayu!!!

    ReplyDelete
  10. Ada beberapa kesalahan:-
    1. pada zaman itu ada lebih dari 2 bank.
    2. bank standard chartered dan ocbc memberi pinjaman wang kepada orang melayu juga.
    3. Penggunaan istilah 'ceti haram'- pinjaman wang dari ceti dibenarkan pada waktu itu, dan umumnya kadar bunga lebih tinggi dari bank, namun ia bermanfaat bagi usahawan kecil yang termasuk orang melayu dan india. Orang cina pada waktu itu lebih bergantung kepada pinjaman wang dari kumpulan-kumpulan rahsia kongsi gelap. Kumpulan-kumpulan ini dianggap haram oleh british pada waktu itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i think u make sense...melayu mmg suka drama, pape pon hebat dan besar jasa tuan Ma'arof ini.. semoga melayu zaman sekarang lebihkan tindakan dan kerja keras dari hanya di mulut sahaja bersemangat

      Delete
  11. Btoi sgt2...ooo bru tahu kisahny..skrg cina pndai mniaga dri kita..ape2 hal skit cina..siap buat bku lg..cra2 cina pndai kait untung..aku rsa ada dalang di sebalikny..sepatutny kta org melayu da berjaya dri dlu lg..tp dgn sikap dengki tu la..orang melayu skrg ney xda kuasa..keja la kt mna2 pn msti cina yg berkuasa..melayu xdak apa..kita plak nk kna bodek depa..xkuasa aku nk bodek cina..bila korek2 bru kita taw psaipa...ney tanah melayu..tp depa wat mcm tanah depa plak..nk ikukn tu depa tumpg je la..hish xsgka..

    ReplyDelete