13:26 8

AKHIRNYA Puan Lola, Ibu Remaja OKU Di Dakwa Di Mahkamah

Puan Lola, Ibu Remaja OKU Di Dakwa Di Mahkamah

Kes yang menjadi tumpuan minggu ini tentulah kes adik Firdaus yang dijumpai kurus kering. Ramai marah dan berang dengan ibu Firdaus setelah jelas kelihatan anaknya itu terabai.

Ibu remaja ini Puan Lola didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan. Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, antara Januari lepas hingga 21 Jun lepas.

Yang sedihnya, Puan Lola terus mengaku langsung tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Puan Lola berasal dari Sabah dan bapa Firdaus merupakan suami pertama yang telah bercerai pada 2002 dan meninggal dunia pada 2012.
   
Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman  denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan meninggalkan anak tanpa pengawasan dibuat mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin  RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai bagi sebutan semula kes.
   
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.
    
Muhammad Firdaus kini ditempatkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan pemulihan. 

sumber: Bernama



8 comments:

  1. Pdn dgn mka kw betina!! Dh trang2kw bslh abaikn adk frdaus msh jga tk mngaku slh.hbs 2 kw nk ckp adk firdaus lh yg bslh dlm hal nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terang2 bersalah... lagi xnk ngaku... ape punya betina la....

      Delete
  2. Tak rasa bersalah ke ibunya ni..

    ReplyDelete
  3. Ptt nye btine ni kne laknat je! Bia ko mati scre seksa dlm pnjara kne mkn sumpah dgn smua rakyat malaysia!

    ReplyDelete
  4. Sedih dgn keadaan adk Firdaus tp Allah ttap mlindungi adk Firdaus wlaupon di tnggalkn si lola tue, dlm keadaan bilik yg gelap tnpa mkanan n mnuman adk Firdaus ttap kuatkn smngat utk trus hdup Allah syg kn kamu adk Firdaus.... utk si lola wlaupon ko xnk mgaku bsalah masyarakat ttap xpuas ati sbb ko adalah punca sgalanya, aq bckap bdasarkn ati seorg ibu sbb aq mpunyai 3org cahaya mata anugerah dr Allah wlaupon ank2 aq smue shat dlm fizikal dn mntal, skali pon aq mpunyai ank sprti adk Firdaus aq xakn abaikn krn ank adalah anugerah dn ank lh yg akn mbawa sseorg ibu ke syurga Insyallah... Prbuatan ko tlalu kejam ko xpatut d bebas kn, jgn ssekali ko ckp yg ko syg kn adk Firdaus masyarakat lngsung xnmpk ksih syg ko trhadap adk Firdaus.. snggup ko tnggalkn adk Firdaus sndirian tnpa mknan n mnuman di dlm bilik yg sngt kotor dn gelap bdan d pnuhi najis pkaian yg sdh rapuh tnpa sluar... Ko kejam lola sngt2 kejam aq bnci mlihat ko bg aq ko xptut d bebaskn ko kejam...

    ReplyDelete
  5. Ish, takkan lah dia ni miskinnn. tu tudung cantik je tuu. kak lola oi, since akak boleh upload gambar kat fb, lagi molek akak cari alamat mana mana rumah pengasih, akak datang kat rumah pengasih tu, diorang banyak gila stok stok baju orang ramai derma. ada yang brand new lagi. akak boleh kott mintak kat diorang. free free je dapat. miskin sangat tuu sampai baju adik firdaus pun x mampu nak beli. kate kerja katering klia. Adik saya buat kerja katering part time sabtu ahad je pun boleh bawak balik nasi untuk makan 8 orang. takkan la akak ni kerja katering hari hari x boleh nak bungkus 1 nasi utk adik firdaus tu. merepek lah miskinn. penyayang bagai. penah tgk gelandangan? haa tu betul la tu miskin. akak ni saya tgk badan berisi jugak, tudung vouge vouge. ni 15 hengget 10 hengget ni kalau beli pun. Ya Tuhan. semoga Allah tunjukkan akak jalan. Mintak la pada Allah, lambat laun kita dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dr singapura .
      Sihat ye puan lola ni .kesian anak dia

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete