18:30 2

Komen Erma Fatima Tentang Pernikahan Suami Dan Madunya

Komen Erma Fatima Tentang Pernikahan Suami Dan Madunya


Baru-baru ini ada cerita tentang perkahwinan senyap-senyap oleh pengarah Bade dengan isteri kedua bernama Aida.

Kisah ini anda boleh baca di sini (klik sini)

Jom kita dengar komen dari isteri Bade iaitu Erma Fatima:

“Ohhh.. Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri. 

Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia. 


Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu.” 


Itulah kata-kata dari Erma Fatima yang kini berada di Sepanyol atas urusan kerja. Sememangnya kisah perkahwinan itu benar dan ternyata Erma mengetahui perkahwinan itu. 

Tahniah buat mereka sekeluarga


2 comments:

  1. Alhamdullilah...payung emas menanti mu erma....semoga kalian berbahagia ya...

    ReplyDelete
  2. Payung emas hadis palsu

    ReplyDelete