Searching...
23:09 0

Lelaki Belanja RM 700 Ribu Ubahsuai Pesawat Boeing Jadi Rumah

Lelaki Belanja RM 700 Ribu Ubahsuai Pesawat Boeing Jadi Rumah


Seorang lelaki dari Oregon telah menghabiskan kira-kira 130,000 pound (RM700,000) untuk mengubahsuai pesawat atau kapal terbang Boeing 727 menjadi sebuah rumah dan tempat tinggal yang menarik dan cool.

Bruce Campbell mengambil keputusan tersebut sebagai satu usaha untuk menyelamatkan pesawat itu daripada dijadikan besi buruk selain mempunyai minat yang mendalam.

Dia yang berusia 64 tahun menghabiskan tempoh hampir setengah tahun tinggal di dalam pesawat tersebut yang masih memiliki kokpit dan kelengkapan kapal terbang.

Beliau merupakan bekas jurutera elektrik.  Rancangan awal untuk membina rumah dari van pengangkut di tanah berkeluasan 10 ekar tetapi lebih berminat menukar pesawat Boeing menjadi rumah.

Ini kata-kata Bruce Campbell:
"Matlamat hidup saya adalah untuk mengubah tingkah laku manusia supaya meminat bidang ini,"

Apa yang menarik tentang rumah Boeing ini, kokpitnya dijadikan pusat bacaan seperti library. Di dalamnya juga ada sebuah studio yang besar dan terdapat juga lantai lutsinar untuk melihat area bawah. 

Jom layan gambar di bawah:















0 comments:

Post a Comment