17:36 7

Video & Gambar Samseng Pecah Dan Takutkan Kanak-kanak Di Karak

Video & Gambar Samseng Pecah Cermin Dan Takutkan Kanak-kanak Di Karak


Terbaca kisah di laman portal MyMediaHub dan kini penuh di newsfeed Facebook. Ini tentang kisah boleh dikatakan samseng jalanan amatur.

Yang penting dari video, isteri mangsa berdarah luka tangannya dan anak mangsa menangis ketakutan. Samseng ini terus menjerit-jerit dan myalahkan pemandu.

Ya mungkin pemandu (mangsa) itu salah, tapi kenapa perlu pecah cermin dan jadi samseng. Bincang elok-elok, amik no kad pengenalan amik nombor plat dan minta gantirugi. Itu saja. Tak perlu mengamuk dan menakutkan kanak-kanak. 

Jom lihat video di sini (KLIK SINI)

Ini kisah dari MyMediahub:

Tidak diketahui kisah yang sebenarnya. Tetapi menurut perakam video ini beliau telah melanggar tanpa sengaja Myvi putih sebelum Tol Karak.

Maka selepas tol, perakam video ini meminta pemandu Myvi tersebut berhenti untuk berbincang. Tetapi sebaliknya telah berlaku.

Pemandu Myvi putih tadi turun dan meluru terus memaki hamun perakam video ini serta memecahkan cermin tingkap sebelah pemandu. Kejadian menyebabkan si isteri dan anak menangis ketakutan di belakang.

Jari isteri perakam video ini juga turut tercedera dan berdarah. Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, si isteri cuba memujuk suaminya untuk beredar dan membuat laporan di balai polis berdekatan.

Pihak polis kini sedang mengesan pemilik kenderaan WSW5028. Kepada sesiapa yang mengenali pemilik kenderaan tersebut diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. - My Media Hub

Jom lihat video di sini (KLIK SINI)



7 comments:

  1. COPY N PASTE...
    Jgn tuduh melulu...video ni sparuh je..sy saksi nmpk 2biji kete ni..kete vios WWJ 1134 yg kononnye 'mangsa' dlm vid ni dh potong queue dkt tol gombak..kete myvi ni dlm lane dia yg btul..vios ni nk potong queue tuk msuk lane smartag..I nmpk dr blakang kete vios ni himpit myvi tu dkt giler smpai side mirror dorg bgesel..and I trus follow dua kete ni sbb mcm dh bleh agak dorg akan gado..I follow dr jarak dkt dua2 kete ni...and I nmpk vios yg provoke myvi tuk bhenti and cube bberapa kali break mgejut dpn myvi ni..mybe dh sbb kne provoke byk kali cmtu..owner myvi tu bhenti dkt stesen BHP lepas tol gombak tu..so..sape yg cr mslh dlu? Vios ke myvi? Mybe sbb vios ni kete baru..dia rasa dia patut diberi kelebihan tuk potong queue ke? Sy xckp owner myvi ni btul...tp slh dtg dr kedua2 side..kn?

    So..kt sini ceritanye..jgn buat andai apa2 klu kite xtau cerita tu..kira sume yg komen ni dh buat fitnah kt owner myvi ni tmsuk la owner page ni sbb upload vid yg xtau benar ke x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooooo Baru tau citanya .. Thanks sharing ..

      Delete
    2. tula..nasib ada saksi,kalau tak dpt dosa free

      Delete
  2. sapa lak leh sahkan citer saksi ni betul atau rekaan? ada sapa leh bg salinan repot polis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika x benar sekalipon, utk elak perbalahan, Islam benarkan utk berbohong.. apetah lg utk berkata benar, lagilah Islam wajibkan... repot polis x bermaksud ape yg direpot itu benar belaka.. x pyh nk pecah belahkan org & mmburukkn lg keadaan, ok abg yg pandai... :)

      Delete
  3. yg penting jgn suka potong queue... sila beratur org lain pun cepat jugakkk

    ReplyDelete
  4. pemberita penipu

    ReplyDelete