22:39 1

Kisah Benar: Gajah Menangis Selepas Diselamat Dari Diikat 50 Tahun

Kisah Benar: Gajah Menangis Selepas Diselamat Dari Diikat 50 Tahun


Kisah ini berjaya membuat hati pecinta haiwan mengalirkan air mata di seluruh dunia.

Kisah benar ini berlaku di India apabila seekor gajah peliharaan bernama Raju diselamatkan oleh sebuah organisasi hidupan liar.

Raju digunakan oleh tuannya sebagai haiwan pertunjukkan di jalanan dan menarik perhatian orang lalu lalang dan juga pelancong yang akan memberi token atau wang kepada Raju dan tuannya.

Namun begitu, Raju dikatakan tidak dijaga bahkan didera. Raju tidak makan dengan secukupnya dan sering kelaparan sehingga ia makan plastik.

Raju juga sering dipukul oleh tuannya dan dikatakan sentiasa diikat dan kakinya digari dan dirantai dengan besi. Kesan gari jelas kelihatan dikakinya.

Apabila diselamatkan, Raju dikatakan mengalirkan air mata apabila kakinya bebas dari diikat dan dirantai. Walaupun doktor haiwan berkata Raju mungkin menangis dari kesakitan apabila gari dibuka dari kaki, namun Raju dilihat seperti tahu bahawa ia sedang diselamatkan.

Kini Raju telah selamat dari terseksa dan tidak lagi diikat selepas 50 tahun menderita. Raju akan menjalani proses rehab untuk menyembuhkannya dari segi kesihatan luaran dan mentalnya akibat didera.

Gambar Di Bawah:

Gambar Raju ketika ditemui
diikat dengan besi
rantai besi tajam
Raju menangis 
Penyelamat merawat Raju
Raju ditempat baru dengan kawan baru
Raju kini bebas tanpa rantai

1 comments:

  1. dah nama pun keling pariya. mmg bangang. bakor je tuan die tu br padan muka

    ReplyDelete