Searching...
12:14 0

Tiada Tawaran, Dari Mana Azwan Ali Dapat Duit? Jom Dengar Penjelasan Azwan Ali

Tiada Tawaran, Dari Mana Azwan Ali Dapat Duit? Jom Dengar Penjelasan Azwan Ali

Tiada Tawaran, Dari Mana Azwan Ali Dapat Duit? Itu sememangnya menjadi tanda tanya ramai pihak.

Walaupun tiada tawaran berlakon dan pengacaraan, Azwan Ali yang menggelar diri sendiri diva, sering kelihatan berduit dan tidak langsung menunjukkan tanda-tanda poket sudah kering.

Dari mana Azwan Ali dapat duit? dari berniaga? duit simpanan? Macam mana maki orang boleh dapat duit?Jom Dengar Penjelasan Azwan Ali.

Ini kata Azwan Ali:
"Sudah 25 tahun saya jadi artis. Allah itu Maha Mengatur semuanya. Saya pernah naik, saya pernah jatuh. Tapi disaat sy jatuh, saya tak terduduk. Orang saja anggap yang saya terduduk. Saya tahu pada ketika itu, musuh-musuh saya semua bertepuk tangan.

"Tapi hakikatnya orang tak tahu yang rezeki saya tidak pernah putus. Bila agak lama saya tidak muncul di mana-mana program TV, orang bertanya pada saya, "Kau dah lama tak keluar tv. takde job eh, kau buat apa? Memang itu soalan yang berbisa untuk saya telan.


"Saya akui saya memang pernah tidak dapat apa-apa tawaran. Tapi Allah Maha Kaya. Pihak Astro pernah tawarkan saya tugas memaki hamun para peserta MasterChef Selebrti untuk musim dua tahun lepas. Untuk job itu saja, saya dibayar ribuan ringgit.


"Pihak Astro siap bagi saya Astro On The Go lagi. Saya tak perlu susah-susah nak ke Astro, nak keluar TV. Saya duduk rumah jer, duit masuk. Malah program-program saya seperti Sembang Teh Tarik mendapat rating yang tinggi.


"Jadi saya tak kisah, kalau orang tak suka, benci dan menyampah dengan saya, saya tak peduli semua itu"


Itulah rezeki Azwan Ali walaupun tak masuk tv selalu, sebenarnya banyak saja rezeki yang Allah kurniakan buat Azwan Ali.

Jom layan:
GAMBAR AZWAN ALI Masa Remaja Yang Kacak (LIHAT SINI)


0 comments:

Post a Comment