21:35 0

Ibu Dedah Masalah Aliff Aziz

Ibu Dedah Masalah Aliff Aziz

Penyanyi popular dari Singapura Aliff Aziz mencetuskan tanda tanya apabila dikatakan melarikan diri dan mempunyai masalah yang besar (baca sini). Kini Ibu Aliff Aziz iaitu S Hafiza Basharahil menceritakan masalah Aliff Aziz.

Banyak cerita yang diterima tentang Aliff kerana menghilangkan diri secara tiba-tiba termasuk gagal dihubungi syarikat pengurusannya.

Malah ada juga cerita yang Aliff mempunyai masalah kewangan hingga mahu meminjam wang dengan pihak produksi.

Ini kata ibu Aliff Aziz kepada BH Online:

"Aliff memang di Singapura ketika ini. Sejak hari raya lagi dia sudah balik ke sini. Keadaannya baik-baik saja di sini. Dia ada di sini kerana ada urusan peribadi. Insya-Allah dia akan pulang dalam masa terdekat ke Kuala Lumpur.

"Makcik harap kiranya dapat diberikan masa dan privasi buat dirinya ketika ini. Tiada apa-apa pun yang nak diuar-uarkan. 

"Apa yang lebih penting dia sihat dan berada dengan kami keluarganya,"

Nampaknya Aliff Aziz kini selamat dan menenangkan diri di Singapura. Semoga Aliff Aziz dapat selesaikan masalah yang dihadapinya.

0 comments:

Post a Comment