Ayah Emma, Ismail Embong (Maembong) Tak Puas Hati Dengan Zizan Razak
Ayah kepada pelakon Emma Maembong iaitu Ismail Embong melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan dari Zizan Razak.Zizan Razak sebelum ini berkata dia sedia membuat majis secara sederhana jika berkahwin dengan Emma Maembong tapi dia juga perlu berlaku adil kepada peminat kerana dia milik masyarakat.
Ini kenyataan dari Ismail Embong (Maembong): via mStar
"Tidak perlu hormat permintaan orang tua ini kerana orang tua ini tidak meminta, tetapi hanya memberi kata dua atau syarat. Jika tidak ditunaikan sila pergi!
"Aku mahukan orang milik Allah sahaja dalam keluarga, bukannya milik masyarakat. Mengapa meletakkan diri kita lebih rendah dari itu? Dimiliki masyarakat, bukan Allah?,"
Selain itu, Maembong juga tidak memerlukan sesiapa untuk memujuknya dan berkata kelantangannya hanya kerana Allah.
Ini tambahnya:
"Memujuk? aku cuma meminta hukum Allah diutamakan. Jika ditentang keluarga, maka sudah dianggap derhaka.
"Tidak kisahlah anak-anakku yang masuk bidang lakonan dikritik dan digosip kerana mereka sedia maklum risiko yang datang bersama glamor. Tetapi usah sentuh diri aku secara peribadi,"
Baca kenyataan Zizan Razak tentang Ismail Embong DI SINI:
0 comments:
Post a Comment