10:44 0

Cara Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Boleh Pesong Akidah -Ustaz Zul


Cara Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Boleh Pesong Akidah -Ustaz Zul Hamat


Ustaz Zulkefli Hamat yang lebih mesra dengan nama Ustaz Zul Hamat merupakan Ketua Unit Kepimpinan, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ustaz Zul Hamat berkelulusan Ijazah dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya dan Sarjana dalam bidang Sumber Manusia Dan Pembangunan di Universiti Putra Malaysia (UPM) selain sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat doktor falsafah (PhD).

Ustaz Zul Hamat juga merupakan pengacara Pencetus Ummah 2 dan juga mengendalikan segmen Bersama Ustaz  pada setiap Jumaat di portal mStar Online

Ustaz Zul Hamat menegur cara Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha secara live selain mengucapkan will u marry me.

Ini komen Ustaz Zul Hamat (via mStar)

"Lamaran adalah sama maksudnya dengan meminang atau khitbah yang mana ia sepatutnya dilakukan hanya dalam keluarga sahaja bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

"Sekiranya hubungan tersebut putus sebelum diijabkabulkan ia akan mengaibkan dan memalukan wanita itu sendiri melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah,"

"Cara melamar itu juga tidak sesuai dan dia seharusnya berhati-hati dengan perkataan will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja.

"Kalau dalam agama Islam... seseorang itu perlu melakukan solat hajat sebelum melamar dan bukan dengan tarian seperti dalam program itu. Saya takut perkara ini akan disalah anggap oleh penganut agama lain yang beranggapan cara perkahwinan Islam sama dengan cara agama mereka,"

"Saya lihat ramai selebriti yang menjadikan lamaran seperti ini sebagai trend dan masyarakat pula menganggap ia sebagai sesuatu yang baik.

"Namun begitu, ia seharusnya dilakukan dengan landasan dan cara yang betul agar menjadi contoh kepada masyarakat,"


0 comments:

Post a Comment