13:54 2

Spekulasi Satu Penderitaan - Anak Kapten Zaharie



Spekulasi Satu Penderitaan - Aisyah Zaharie , Anak Kapten Zaharie


Kapten Zaharie Ahmad Shah telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi. Tentunya beliau juga dikaitkan dengan rampasan pesawat MH370. 

Akhbar dan pihak media terutamanya dari luar negara telah banyak membuat andaian yang menghentam pilot dan juga co pilot pesawat MH370 yang masih hilang ini. (klik sini)

Apabila rumah dan kediaman pilot serta co-pilot disiasat, banyak pihak terus menuding jari kepada mereka sebagai suspek yang terlibat.

Sebuah media, Daily Mail telah melaporkan anak perempuan kepada kapten Zaharie telah pulang dari Australia untuk kembali ke pangkuan keluarganya, di Malaysia.

Untuk pengetahuan, Zaharie mempunyai 3 orang anak hasil dari perkahwinannya.

Anak perempuan itu kini menetap di Australia, beliau ialah Aisyah Zaharie. Aisyah Zaharie telah memberitahu teman rapat bahawa spekulasi tentang ayahnya merupakan "satu penderitaan dan kesakitan terhadap keluarga".

Sumber dari Mirror pula berkata: "Apa yang media antarabangsa tulis tentang Kapten Zaharie tidak benar dan tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya.".

Aishah kini mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur.

Jom layan gambar Aishah Zaharie :








2 comments:

  1. hanya siasatan je... penyiasat kena menyiasat keseluruhan sudut. lagi pun Malaysia bukan menyiasat bersendirian.... dah memang dorang menyiasat ikut SOP.... relek lah... ! kapten ada dalam pesawat tu.. jadi dia pun turun disiasat.... yang mengada2 cerita tu orang kaki gossip. dalam web/fb/media sosial tu melambak2 orang bodoh kasi komen.. dah mcm tu trend rakyat malaysia.. bodoh kasi komen kat media sosial...

    ReplyDelete
  2. sepatutnya dia menderita memikirkan keselamatan ayahnya dari menderita memikirkan dan peduli apa yg org kata pd ayahnya..

    ReplyDelete