09:41 0

7 Gambar Kereta Mewah Milik Dato Seri Vida

7 Gambar Kereta Mewah Dato Vida



Dato Vida kini sememangnya antara usahawan yang popular di Malaysia apatah lagi setelah kejayaan racnangan GegarVaganza baru-baru ini.

Dengan kehebatan produk Pamoga dan Qu Puteh, kini Dato Vida boleh dikatakan usahawan berstatus  jutawan yang amat berjaya.

Dato Vida juga memiliki kereta mewah yang amat hebat. Sebuah Lamborghini.

Jom lihat kereta miliknya:







20:53 0

Live Streaming Gegar Vaganza Final

Live Streaming Gegar Vaganza Final


Jom saksikan final gegarVaganza final yang menyaksikan 6 peserta bersaing untuk menjadi juara GegarVaganza musim kedua.

6 peserta tersebut ialah Haiza, Siti Nordiana, Nassier Wahab, Ezad Lazim, Farahdhiya dan Acong.

Jom saksikan final.

FINAL (KLIK SINI)
FINAL (KLIK SINI)
FINAL (KLIK SINI)
FINAL (KLIK SINI)



20:28 0

Azian Mazwan Sindir Farahdhiya?

Azian Mazwan Sindir Farahdhiya?


Pentas separuh akhir Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada Ahad lalu menyaksikan penyanyi Azian Mazwan Sapuwan,40 tahun telah tersingkir dan gagal ke final.

Selepas tamat semi final, Azian ada memuat naik gambar di Instagram dengan ucapan penghargaan buat peminat yang telah banyak menyokongnya.

Dalam caption gambar tersebut juga, Azian ada memberitahu dia puas hati menyanyikan lagu Sedalam Mana Cintamu (nyanyian asal Safura) yang mengikut tema ‘Karok Tarik’.

“Alhamdulillah dapat nyanyikan lagu Karok Tarikkk ‘Sedalam Mana Cintamu’… Bukan karok mendatar ye!!” Tulis Azian.


Bagaimanapun kenyataan itu menjadi perbualan hangat peminat di media sosial dan juga laman gosip kerana ia seperti satu sindiran kepada penyanyi lain yang tidak menyampaikan persembahan mengikut tema pada malam tersebut.

Nama Farahdhiya menjadi sebutan kerana dalam konsert separuh akhir itu, Farahdhiya menyampai lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu (nyanyian asal Ramlah Ram) dengan susunan muzik baru dan tidak menggunakan nada vokal yang tinggi.

Kembali memulakan langkah di dalam dunia seni, Azian sudah berhadapan dengan ‘serangan’ di media sosial. Azian mengakui akur untuk menghadapi cabaran dunia baru ini.

“Saya tidak ada niat pun untuk menyindir sesiapa. Saya menulis ayat tersebut dengan pantas dan tidak fikir ia ditujukan kepada mana-mana peserta GV yang lain.

“Selepas selesai konsert separuh akhir, ramai yang memberi sokongan dan memberitahu saya telah mengikut tema mingguan. Sebab itu saya tulis ayat tersebut.

“Secara tidak langsung saya juga rasa lega dapat meluahkan perasaan pada malam itu.

“Saya seorang yang kuat dan selamba. Tidak pernah rasa takut atau rimas untuk keluar rumah apabila ada orang memberi komen yang negatif di laman sosial,” ujar Azian ketika dihubungi Mangga Online.

Tersingkir di peringkat separuh akhir, Azian akui tertekan dan sedih sehingga menangis kerana meletakkan harapan tinggi untuk beraksi di pentas akhir GV.

“Seharian selepas konsert saya rasa teramat down. Saya lihat kembali rakaman konsert dan mencari mana silapnya dalam persembahan tersebut.

“Saya tidak tunjukkan di hadapan peminat dan keluarga, namun ketika sendirian seperti selepas solat saya menangis kerana gagal ke peringkat akhir.

“Saya juga tidak membaca sebarang berita atau komen di internet sehari selepas konsert. Bagaimanapun apabila membuka semula laman sosial, saya sedar banyak sokongan daripada peminat,” cerita Azian.

Tamat perjuangan di GV, Azian merancang untuk tampil dengan sebuah lagu baru dan katanya sudah ada beberapa komposer yang menawarkan lagu baru buatnya.

Sumber: Mangga

19:59 0

Luahan Suami Abby, Jai Ezzany Yang Amat Romantik

Luahan Suami Abby, Jai Ezzany Yang Amat Romantik


Suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria atau Jai Ezzany telah memuatnaik ucapan yang ‘sweet’ dan juga romantik kepada isterinya itu,

Ini bersempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-39 baru-baru ini.

Ini ucapan tersebut:

“Isteri ku tersayang @abby_abadi112 sempena hari istimewa sayang, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut ulang tahun. 

Ketahuilah tiada yang lebih bahagia selain memiliki kasih sayang dari mu.

“InsyaAllah perkahwinan ini mendapat rahmat Allah dan kekal hingga ke syurga. 

Akan ku berikan sepenuh kasih sayang untuk mu, bersama-sama kita mengejar akhirat untuk kebahagian kita didunia dan akhirat nanti.

Masih ku ingat setahun lalu, saat ulang tahun sayang kita di Kuala Kangsar. 

Terlewat sedikit untuk aku ucapkan ulangtahun untuk sayang... Tapi ketahuilah tarikh 1 Disember telah aku simpan sejak dari awal kita kenal. T

idak pernah ku lupa tarikh itu walaupun kita terpisah oleh waktu untuk seketika.Namun sekarang tidak lagi, hari bahagia mu...

Kita telah mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri...thanks sayang menerima saya sebagai suami sayang.

Ya Allah aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodohku bersama isteri ku sehingga ke saat ini.

Ya Allah kekalkanlah nikmat Mu ini ke atas kami dan jadikanlah kami berdua suami isteri dunia dan di akhirat. #happybirthday #sampaisyurga #jaiabby,”

Para follower Instagram pasangan ini turut memberi komen dengan rata-ratanya mendoakan kebahagian mereka sekeluarga.

Untuk pengetahuan, Abby dan Jai selamat bergelar suami isteri pada 14 Ogos 2015 yang lalu.
05:58 0

Kamal Adli Dedah Sikap Emma Maembong

Kamal Adli Dedah Sikap Emma Maembong 


Kamal Adli dan juga pelakon jelita Emma Maembong kini sememangnya sedang rapat dan boleh dikatakan mereka ketika ini sedang bercinta walaupun mereka berkata hanya kawan.

Dalam satu kenyataan kepada AstroGempak, Kamal Adli telah mendedahkan 5 sikap Emma Maembong yang membuatkannya senang dengan pelakon jelita itu.

Sikap Emma Maembong di dalam rancangan realiti The House juga sememangnya tidak dibuat-buat dan ianya adalah Emma yang sebenar.

Di bawah merupakan kenyataan yang diberikan Kamal tentang sikap sebenar Emma:

1. Happy Go Lucky
Emma seorang yang happy go lucky dan sikapnya itu dapat dilihat menerusi program The House. Sungguhpun begitu, dia boleh menjadi seorang yang sangat sensitif dan cepat terasa.  Saya lebih suka lihat dia ketawa dan gembira ketika bersama adik beradiknya dalam The House. Ianya sangat natural!

2. Jujur
Saya lihat Emma sangat jujur menzahirkan rasa dan emosinya dalam The House.  Memek muka, emosi dan perasaan  yang ditunjukkan di hadapan  Chacha dan Yaya sama dengan apa yang ditonjolkannya ketika di luar lokasi atau penggambaran The House.

3. Mengambil berat
Dia memang seorang yang sangat caring. Dalam The House,  walaupun Emma sentiasa dilihat bergurau kasar dengan adik-beradiknya, namun dia sebenarnya dia sangat menyayangi serta mengambil berat tentang mereka.

4. Pemurah
Emma seorang yang pemurah. Dia suka tolong kawan-kawan dan bukan orang  yang kedekut. Dalam The House, saya dapat lihat sikap pemurahnya itu dan dia tidak berkisah untuk berkongsi apa sahaja dengan Yaya dan Chacha!

5. Baik Hati
Dia seorang kawan dan pendengar setia serta suka memberi kata-kata semangat kepada sesiapa sahaja. Dalam The House, saya dapat lihat cara dia menjaga Yaya yang sedang hamil dengan baik dan mengambil berat tentang kakaknya itu .
17:38 0

Siti Nordiana Tolak Lamaran Seorang Ustaz

Siti Nordiana Tolak Lamaran Seorang Ustaz


Penyanyi yang juga finalis Gegar Vaganza musim kedua Siti Nordiana atau singkatannya Nana telah mengulas khabar angin dirisik oleh seorang ustaz.

Jelas Nana, dia ada terdengar daripada kawan-kawan ada ustaz mahu melamarnya.

Ini komennya:

“Kalau benar ada orang yang mahu melamar saya, buat masa sekarang saya tak akan terima kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian dan anak. Saya belum bersedia untuk bergelar isteri semula, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang,”

“Setakat ini saya bahagia hidup sendiri sambil membesarkan anak tunggal saya, Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia tujuh tahun.

“Sejak kembali solo enam tahun lalu, belum terbuka hati untuk berkahwin lagi. Kawan-kawan memang suka mengusik dan saya tak ambil serius pun,”

Menerusi program Gegar Vaganza musim kedua yang bakal melabuhkan tirai pada 13 Disember ini, Nana membuktikan dia bukanlah ‘penyanyi kampung’ seperti yang dilabel beberapa pihak.

Siti Nordiana kini merupakan peserta kegemaran para penonton dan telah 3 kali muncul sebagai peserta terbaik sepanjang program Gegar Vaganza ini.
17:08 0

Dato Seri Vida Buat Kejutan Akan Menyanyi Di Pentas Akhir Gegar Vaganza

Dato Seri Vida Buat Kejutan Akan Menyanyi Di Pentas Akhir Gegar Vaganza


Penaja utama rancangan Gegar Vaganza musim kedua iaitu Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian apabila bakal membuat persembahan di pentas final.

Datuk Seri Vida akan membuat persembahan dan berganding dengan pengacara program itu iaitu Nabil dan juga Jihan.

Mereka akan menyanyikan tiga buah lagu iaitu Kerja Gila, Laukku Cukup Masin dan juga Seragam Hitam.

Apabila mengetahui Dato Vida akan membuat persembahan, Jihan berkata "Haa berani tak Tok Ram (Ramli MS) beri komen kepada Dato Vida nanti.."

Jihan Muse juga mengingatkan Dato Vida supaya membawa mikrofon sendiri agar tidak berebut dengannya ketika membuat persembahan nanti.

"Jangan lupa bawa mikrofon sendiri ya Dato.." - kata Jihan Muse yang selalu berebut mikrofon dengan usahawan popular itu.

Jangan lupa saksikan pentas akhir GegarVaganza Ahad ini di Astro Ria.
18:02 0

Pak Yus Sempat Uji Semangat Setiakawan Ajak, Pinjam RM5000

Pak Yus Sempat Uji Semangat Setiakawan Ajak, Pinjam RM5000


Ini merupakan satu lagi kisah tentang keperibadian arwah Yus Jambu. Kisah ini dikongsikan oleh pelawak Ajak Shiro, slah seorang rakan baik Pak Yus.

baca juga:
~Luahan Rita Rudaini (KLIK SINI)
~Pak Yus Kata Tak Payah resit (KLIK SINI)

Bagi Ajak Shiro, sebelum pemergian Yus Jambu, arwah Yus Jambu sempat menguji tahap persahabatan mereka berdua.

Ini komennya:

"Minggu terakhir sebelum Pak Yus meninggal dunia, dia ada menelefon saya. Katanya ingin meminjam wang sebanyak RM5000. Tanpa banyak soal saya terus meminta nombor akaun bank miliknya agar saya dapat membantu. Pada fikiran saya ketika itu, mungkin Pak Yus benar-benar dalam kesusahan," 

Selepas wang dimasukkan pada hari Rabu, Allahyarham berjanji akan membayar kembali pinjaman itu secepat mungkin. Tanpa disangka, pada hari Khamis Pak Yus meminta nombor akaun bank Ajak dan sebanyak RM4500 telah dimasukkan ke dalam akaun berkenaan sebagai bayaran balik.

"Aku bayar hang lagi RM500 pada hari Jumaat sebab aku dah dapat duit Super Spontan (wang hadiah)," kata arwah Yus Jambu.

Tanpa banyak soal, Ajak Shiro terus bersetuju walaupun tindakan Yus agak pelik. Pada hari Jumaat minggu lepas, Pak Yus menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 di tangan Ajak. Sekali lagi, Ajak terasa pelik tetapi mengambil keputusan untuk berdiam sahaja.

Rupa-rupanya, Arwah Yus Jambu ternyata ingin menguji semangat setiakawan Ajak. Sebenarnya wang hadiah Super Spontan ketika itu sebenarnya masih belum diterima. Perkara itu diceritakan sendiri oleh Tauke Jambu kepada Ajak.

"Tauke ada beritahu saya, Pak Yus ada memberitahunya yang dia ingin sekali berpasangan dengan Ajak jika Tauke tidak lagi bersamanya. Katanya, saya adalah benar-benar seorang kawan kerana sanggup membantunya. Tak sangka Pak Yus sebenarnya hendak menguji saya," kata Ajak yang masih bersedih dengan pemergian Allahyarham.

Ada satu kejadian yang pernah dilakukan Allahyarham untuk menguji Ajak. Pak Yus memanggil Ajak untuk meminta bantuan kononnya keretanya rosak.

"Saya tanpa banyak soal terus mengikut Pak Yus. Rupa-rupanya kereta yang dimaksudkan adalah sebuah kereta prop," kata Ajak lagi. Ternyata Pak Yus amat mementingkan setiakawan dan sering menguji orang sekeliling untuk menilai sejauh mana erti persahabatan bagi mereka.

Sumber: EwahEwah
16:41 2

Ini Luahan Terakhir Rita Rudaini Setelah Menonton "Tribute To Yus Jambu"

Ini Luahan Terakhir Rita Rudaini Setelah Menonton "Tribute To Yus Jambu"


Rita Rudaini merupakan sahabat baik arwah Yusry Edoo memandangkan mereka berdua berasal dari Perlis.

Yusry Jambu juga sememangnya rapat dengan abang Rita Rudaini malah bermain bola sepak bersama.

Semalam telah berlangsung rancangan Juara Parodi dan dibuat khas "tribute to Pak Yus".

Ini luahan Rita Rudaini di laman insta setelah menonton rancangan itu:

Tkasih #astro kerana menghargai sahabat sy...edoo,klau hang tgk ni mesti hang teriak sbb ini yg hang tggu masa hang hidup..hang nak org nmpk hang..hang sedih sbb hang rasa org xnmpk hang n xhargai hang..hang rasa org xminat hang sbb hang xpernah dpt apa2..aku tau n nampak dr mata hang..sbb kdg2 hang xbole nk simpan rasa tu..tkasih pd kwn2 hang yg kongsi kenangan depa dgn hang..mmg byk kenangan hang dgn depa..depa kenai hang bermula di pentas,bermula di bidang seni..

byk bakti dan budi yg hang bg pd depa..aku sedih tgk rancangan tu td..depa smua kenang hang edoo..depa smua buat rancangan khas utk hang..hang mesti bangga..aku lg bangga sbb aku tau rasa hang..apa tauke ckp td @taukejambu aku mcm dgr dr mulut hang..apa yg tauke ckp itu dr hati hang..tkasih @taukejambu kluarkn isi hati yuih td yg rasanya xdak org tau apa yg dia rasa...

kami kwn2 yg kenai dia sejak blum dr pentas atau bidang ni mmg mngharapkan segala isi hati dia yg xkesampaian,segala kesusahan,segala budi,segala kepayahan,segala kenangan dia,smua org dpt selami n rasa apa yg dia rasa selama dia hidup..dia org susah sbb tu dia ble rasa kesusahan org lain..dia xglamer n xpakai hebat2 mcm org lain sbb duit dia utk org susah..mungkin slama ni org pandang dia sebelah mata sbb dia xmenonjol n xpakai hebat2 sbb dia mmg mcm tu dan dia kerja utk cari rezeki bukn utk glamer..dia cari rezeki sbb dr awal dia org susah..

kami @indazain @zazams77 ,yusri che lah, @chematrajalawak @halmeyhamdah , @jon_ekzos kwn2 yg kenai hang sblm hang ke pentas seni lg rasa bangga dgn apa yg pihak astro buat utk hang edoo..kami smua lebih byk tau n lebih byk kenangan dgn hang n tau rasa hang n kesusahan hang n budi2 hang..'edoo,bila hang xdak hang dpt 'anugerah'yg lg berharga dr yg hang impikan😔 ' aku syg n rindu hang..aku tau hang lebih tenang di sana..dah lama dah hang hidup susah dan hidup utk org..aku doakn hang selalu edoo dan beribu org doakn hang kt sana..aku gembira utk hang edoo..gembira ramai syg hang..

DIA XTGGL SAPE2 KT DUNIA NI ISTERI ATAU ANAK UTK SLALU SEDEKAH KN ALFATIHAH BILA DIA XDAK..DIA YATIM PIATU CUMA ADA SORG ABG..JD SETIAP DOA KITA DI SETIAP SOLAT KITA SELITKN ALFATIHAH UTK ARWAH
12:26 0

Gambar TMJ Bersama Isteri Berjalan-Jalan Di Pasar Karat

Gambar TMJ Bersama Isteri Berjalan-Jalan Di Pasar Karat


TMJ dan isterinya Che Puan Khaleeda dilihat telah meluangkan masa berjalan-jalan di sebuah pasar karat.

Gambar itu mula dimuatnaik di laman sosial dan menjadi perhatian ramai. Ini kerana sikap bersahaja TMJ bersama isteri yang amat sempoi.

Pasangan Di Raja ini juga sempat meluangkan masa kepada rakyat dan orang ramai yang ingin bergambar bersama.

Paling menarik, TMJ hanya berpakaian santai dan juga memakai selipar jepun je. Sempoi betul.

Jom lihat gambar TMJ dan isteri. (KLIK GAMBAR)




23:03 0

Komen Fasha Sandha Sempat Di "Screen Shot" Oleh Follower

Komen Fasha Sandha Sempat Di "Screen Shot" Oleh Follower


Kini kisah rumahtangga Fasha Sandha dan Jejai menjadi perhatian ramai setelah berita dikeluarkan oleh BHarian, mStar dan Rotikaya mencerita mereka mengalami masalah.

Fasha Sandha dikatakan telah pergi ke pejabat agama kerana hal rumah tangganya.

Dari satu akaun IG, seorang followers sempat melakukan ‘screen shot’ pada salah satu komen yang dipercayai ditulis Fasha di IG milik adik Jejai dikenali sebagai Azalea.

Komen tersebut bagaimanapun telah dipadam Fasha tidak lama kemudian.

Lebih memanaskan lagi keadaan, Nora Danish turut menulis komen yang menguatkan lagi dakwaan tentang rumah tangga Fasha dan Jejai kini goyah.

Jom lihat:





21:58 0

Live Streaming Tribute To Pak Yus Jambu (Juara Parodi)

Live Streaming Tribute To Pak Yus Jambu (Juara Parodi)


Jom tonton Live Streaming Juara Parodi Khas buat Pak Yus Jambu yang telahpun pergi buat selama-lamanta minggu lepas.

Minggu ini Juara Parodi akan bersiaran khas dan tribute to Yussry Edoo.

Salam takziah buat keluarga Pak Yus Jambu.

Tonton live di KLIK SINI
Tonton live di KLIK SINI
Tonton live di KLIK SINI
16:43 0

"Yus Jambu Serah RM5,000 Kepada Saya. Dia Kata Tak Payah Resit"

"Yus Jambu Serah RM5,000 Kepada Saya. Dia Kata Tak Payah Resit"


Derma Untuk Sekolah Agama

Seorang kerani sekolah terharu dengan sikap dermawan Yus Jambu. Kerani itu bercerita tentang perbadi arwah Yus Jambu yang amat mesra dan merendah diri.

Ini komennya:

"Mulanya saya tak perasan lelaki yang datang itu seorang pelakon dan pelawak sehinggalah arwah datang ke meja saya memberitahu mahu menderma.

"Saya terkejut bila sedar lelaki itu adalah Yus. Bila bersembang, dia langsung tak sombong dan sangat merendah diri," 

“Dia serahkan RM5,000 kepada saya, kemudian saya tulis resit sebagai bukti dermanya kepada sekolah kami. Dia kata tak payah resit, tapi saya tetap hulurkan kerana sudah menjadi kewajiban saya berbuat demikian."

Itulah peristiwa dua tahun lalu yang diceritakan seorang kerani Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi), Kampung Jejawi Dalam, di sini, tentang keperibadian arwah Yus Jambu atau nama sebenarnya, Yussry Edoo, 39.

Menurutnya, arwah datang kira-kira jam 10 pagi pada 4 Mac 2013 dengan memakai t-shirt, berjaket biru, bertopi dan berkaca mata hitam. Niatnya datang ke sekolah itu untuk menderma bagi pembangunan agama Islam.

Sebenarnya, arwah tidak mahu menerima resit tetapi sebagai sekolah yang bergantung kepada sumbangan orang ramai, dokumen tersebut sangat penting untuk diserahkan kepada penderma dan sebagai simpanan sekolah.

Katanya, wang yang didermakan oleh arwah Yus itu digunakan untuk sekolah tersebut termasuk Sekolah Rendah Islam Al-Furqan yang ketika itu masih di bawah kelolaan Madi.

Masuk duit dalam tabung masjid

Kisah dermawan Yus tidak terhenti di situ, di tempat asalnya di Kampung Nesam, Yus seorang yang tidak pernah putus memberi derma ke dalam tabung Masjid Nurul Iman kampung berkenaan.

Setiausaha masjid, Ali Hanapiah Mohammad, 49, berkata, sejak enam tahun memegang jawatan itu, belum pernah dia melihat Yus keluar dari masjid tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.

"Selalunya saya nampak antara RM200 hingga RM300. Memang arwah sangat pemurah. Malah, setiap kali pulang ke kampung, dia pasti akan ziarah kubur ibu bapanya, Edoo Ismail dan Manis Ismail termasuk kubur abangnya, Rashidi Edoo.

"Itu amalan Yus sewaktu masih hidup. Selain selalu datang berjemaah di masjid, arwah juga turut membeli dua mesin rumput untuk kegunaan masjid yang masih dalam keadaan baik sehingga kini," 

Ali Hanapiah yang juga sepupu kepada arwah Yus berkata, pelawak itu seorang yang pemurah sejak dari zaman sekolah lagi.

"Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi.

"Sifatnya itu tak pernah berubah biarpun dah jadi artis," katanya.



19:15 0

Sinar FM: Raja Azura Belum Terima Hakikat Ditamatkan Kontrak

Sinar FM: Raja Azura Belum Terima Hakikat Ditamatkan Kontrak


Kini Sinar FM bertambah maju dan menjadi pilihan ramai setelah Sepahtu mengambil alih program pagi dari jam 6 hingga 10 pagi.

Sepahtu yang terdiri dari Jep, Shuib dan Rahim menggantikan Salih Yaakob, Raja Azura dan Kril.

RAJA AZURA BELUM TERIMA HAKIKAT

Pelawak Salih Yaakob berkata rakan seangkatannya, Raja Azura, masih lagi belum menerima hakikat kontrak kedua-dua mereka mengendalikan Sinar Pagi di Sinar FM tidak disambung.

Salih berkata dia faham dengan keadaan Raja Azura memandangkan mereka serta deejay-deejay lain sama-sama memperjuangkan radio tersebut sehingga mencapai kejayaan.

Ini kata Salih Yaakob:

"Dia (Raja Azura) masih tidak dapat menerima hakikat lagi. Saya ingatkan, saya keluar, dia yang kekal.

"Keputusan itu benar-benar mengejutkan. Cuma saya dapat rasa sejak tahun lalu lagi, banyak perkara yang diubah dalam Sinar FM termasuklah tagline  'Muzik Retro Terbaik' ditukar kepada 'Menyinari Hidupmu', di mana isi kandungan dan hala tuju radio berkenaan juga diubah," 

"Saya akur dan menerima perkara ini dengan hati yang terbuka. Lagipun, mereka (Sinar FM) lebih berkuasa dalam memilih yang terbaik untuk stesen mereka kekal menjadi pilihan masyarakat.

"Mereka juga telah menawarkan saya mengendalikan slot petang bersama Feeya bermula tahun depan. Cuma gajinya lebih rendah daripada apa yang saya dapat sekarang.

"Ada juga beberapa stesen radio menawarkan saya bekerja dengan mereka tetapi saya masih belum membuat keputusan lagi. Biarlah saya berehat dahulu sepanjang sebulan ini," 

KINI APA PROJEK TERBARU?

Ditanya bagaimana dia akan menguruskan keluarganya apatah lagi pelawak itu mempunyai empat orang isteri beserta anak yang ramai, kata Salih, dia percaya Tuhan pasti akan memberi rezeki yang cukup buat keluarganya.

Malah Salih juga mahu kembali aktif menerima undangan persembahan di luar selain mahu memulakan perniagaan.

"Sepanjang sebulan ini, saya cuba buat kerja luar dahulu. Maklumlah, sebelum ini, apabila mendapat tawaran menjayakan sesebuah majlis, saya terikat dengan kerja deejay. 

"Maka kali ini saya fokus semula menerima undangan persembahan. Allah yang memberi rezeki, bukan manusia. Yang penting kita perlu usaha, InsyaAllah,"

Raja Azura yang popular dengan panggilan Kak Engku dan Salih (SY) sudah hampir sembilan tahun bertugas di stesen radio berkenaan dalam mengendalikan segmen Sinar Pagi.

Pada 22 November lalu, Salih dan Raja Azura membuat pengumuman meninggalkan stesen berkenaan  bermula 27 November 2015 ketika hadir sebagai artis jemputan di pentas Gegar Vaganza 2 minggu keenam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, (MBSA).

Pengumuman tersebut membuatkan ramai yang terkejut dan tertanya-tanya apakah punca kontrak mereka tidak disambung lagi.

Bagaimanapun pada Ahad lalu di program GV2, kumpulan Sepahtu mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan Salih dan Raja Azura bagi segmen Sinar Pagi itu.

Sementara itu, Salih berkata, dia terpaksa akur apabila khidmatnya sebagai penyampai radio slot berkenaan tidak diperlukan lagi walaupun sudah sembilan tahun mengendalikan segmen berkenaan.