Showing posts with label aliff syukri. Show all posts
Showing posts with label aliff syukri. Show all posts
17:40 0

Akhirnya Aliff Syukri Luah Perasaan Yang Merungkai Segala-Galanya

Akhirnya Aliff Syukri Luah Perasaan Yang Merungkai Segala-Galanya


Akhir akhir ini agak kecoh di portal dan juga laman sosial tentang gosip rumah tangga usahawan Terlajak Laris iaitu Datuk Aliff Syukri dengan isterinya Datin Nur Shahida.

Banyak spekulasi yang dibuat orang ramai yang mengandaikan hubungan mereka mempunyai masalah.

Namun, hari ini tokey jenama D'herbs itu tampil memuatnaik sebuah status di laman Facebooknya bersama sekeping gambar beliau sedang meluangkan masa makan bersama isterinya.

Ini sekali gus merungkai segala-galanya dan menepis dakwaan yang mengatakan bahawa rumah tangga jutawan kosmetik itu kini sedang goyah.

Ini tulis Alif Syukri di FB miliknya:

Terima kasih semua yg menyanyangi saya..
Terima kasih istriku Shahida untuk senyum yg selalu kau lukis di hati. temanilah waktuku susah dan senang.. ku harap engkau kekal bersama selamanya..

Sumber: FB Aliff Syukri
11:06 0

Rumah Tangga Aliff Syukri Ada Masalah, Kini Goyah?

Rumah Tangga Aliff Syukri Ada Masalah, Kini Goyah?


Para pengikut Instagram Dato’ Aliff Syukri agak terkejut dengan perkongsian dari usahawan itu kerana banyak kata-kata yang membayangkan Aliff Syukri kini sedang disakiti atau terluka.

Para follower bagaikan dapat menghidu tentang masalah yang dihadapi oleh beliau melalui perkongsian gambar di laman sosial.

Mungkin itu juga cara pemasaran baru yang dipraktikkan oleh Aliff untuk menarik orang ramai berkongsikan perkara tersebut di laman sosial, lebih-lebih lagi gambar tersebut turut membawa jenamanya sekali.

Antara faktor yang menyebabkan follower emmbuat andaian ialah apabila Aliff dan juga isterinya, Datin Nur Shahida telah memadam foto terkini mereka berdua daripada Instagram masing-masing.

Memang amat menghairankan. Semoga segala apa yang berlaku, berjumpa jalan penyelesaian yang terbaik.

Sumber: Rotikaya

(KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH JELAS)