14:53 7

Nelayan Terjumpa Objek Seperti Bot Kecemasan Pesawat



Nelayan Terjumpa Objek Seperti Bot Kecemasan Pesawat


Beberapa nelayan mendakwa terjumpa satu objek menyerupai rakit bot penyelamat kecemasan dari kapal terbang kira-kira 10 batu nautika dari pantai di Port Dickson.

Azman, salah seorang nelayan berkata ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengahari  dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Melaka untuk membantu mereka kerana selepas gagal menaikkannya ke dalam bot. Ini kerana objek itu terlalu berat.

Dia yang sedar tentang kehilangan MH370, bersungguh-sungguh mendapatkan objek itu, mana tahu mampu membantu mencari MH370. Sekiranya objek itu benar rakit kecemasan pesawat ianya mungkin boleh membantu.

"Kami berjaya mendapatkannya dan diikat pada bot kerana takut ia tenggelam. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," kata Azman.

Di bahagian objek itu juga tertulis tulisan "boarding" kata Azman.

Azman bersama rakan nelayan keluar dari jam 8 pagi hingga 8 malam semalam ketika menemui objek itu. 

Setelah bot APMM tiba di tempat kejadian, kumpulan nelayan itu terus meneruskan aktivit harian mereka menangkap ikan.

Jurucakap bagi pihak APMM Kuala Linggi Melaka mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke tempat kejadian.

Walaubagaimanapun, katanya, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak sempat dinaikkan ke dalam bot APMM. 

P/S: Seriuslyyyyyy ? macam mana boleh tenggelam..aduhai

- Berita Harian (kredit foto Harian Metro)

Berita lain:
Pekebun ternampak percikan api di udara (BACA SINI)




7 comments:

  1. ade bende yg sgt di rahsiakan kerajaan...klu yg terlalu penting & bersusah payah nelayan ikat & tarik..tetiba hilang..tenggelam. ..just like that...

    Ada yg tak kena ni...

    ReplyDelete
  2. Ini semua kehendak Allah swt.kita takd kuasa atas semua ni.cube jgn slhkn org lain.mgkn petnjuk kecik yg xdpt dislamatkn.tp dr pntnjuk kecil mgkn kt dpt erti yg besar.dr xd lgsug info bia ada sket.kalau xd info mengata mcm2.tak kan depa nak duk diam xbuat apa2 kot.kt ptt bfikiran positif.jgn nak hentam org je.cuba ko ganti tempat diaorg.mampu wat tak mcm diaorg wat.ni keje berat kot.

    ReplyDelete
  3. ya Allah..bantulah hambaMU yang dalam kesusahan

    ReplyDelete
  4. memang x logik si nelayan guna bot biasa leh simpan sampai diorang dtg tp diorang yg guna bot moden leh lah terlepas...tapi kita tidak usahlah menghukum dan sesuka hati menyalahkan sesiapa..ingat sebagai orang islam itu dh termasuk sebagai FITNAH..kita redha kerana itu QADA & QADAR ALLAH..sebagai hamba yg lemah hanya doa yg perlu di kirimkan...Amin..

    ReplyDelete
  5. Apa yg sbnrnya kerajaan cuba lakukan? Nyawa passengers n crew tu lg bernilai dr politik kotor negara ni

    ReplyDelete
  6. Sy yakin smua selamat. 2,3 hri lg balik la dorang 2.

    ReplyDelete